Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim

  • Woo Y
ISSN: 1098-6596
N/ACitations
Citations of this article
87Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru teknikal dan vokasional di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti pengaruh faktor demografi guru-guru teknikal dan vokasional terhadap kepuasan kerja dalam lima dimensi pekerjaan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepentingan lima dimensi dalam pekerjaan mengikut susunan keutamaan. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 326 orang guru-guru teknikal dan vokasional dari 10 buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kuantitatif di mana data dikumpul melalui soal selidik Job Descriptive Index (JDI). Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen JDI yang digunakan ialah 0.8982. Secara keseluruhannya guru-guru teknikal dan vokasional adalah berada pada tahap kepuasan yang sederhana dengan capaian tahap kepuasan yang tinggi dalam tiga dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, penyeliaan, dan rakan sekerja. Bagi dimensi gaji dan peluang kenaikan pangkat pula, responden hanya berada pada tahap kepuasan sederhana sahaja. Hasil kajian juga menunjukkan kepuasan kerja guru-guru teknikal dan vokasional adalah dipengaruhi oleh faktor demografi mereka. Bagi susunan kepentingan lima dimensi dalam pekerjaan pula, dimensi peluang kenaikan pangkat dan gaji adalah amat dititikberatkan oleh guru- guru teknikal dan vokasional. Seterusnya diikuti dengan dimensi penyeliaan, keadaan pekerjaan pada masa sekarang, dan rakan sekerja yang merupakan dimensi- dimensi yang kurang dipentingkan oleh para guru teknikal dan vokasional.

Cite

CITATION STYLE

APA

Woo, Y. L. (2007). Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim. Master of Education Thesis.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free