MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI MATA PELAJARAN REKA BENTUK BERBANTU KOMPUTER AUTOCAD 3D

  • MOHD ARIFFIN S
N/ACitations
Citations of this article
27Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pembangunan modul kendiri yang terdapat di pasaran pada masa kini banyak membantu pelajar dalam mempelajari sesuatu topik secara sendiri. Selain itu, penggunaan modul pembelajaran kendiri adalah salah satu cara untuk membantu pelajar dalam memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Justeru itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk membangunkan modul pembelajaran kendiri bagi topik AutoCAD 3D. Modul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini menggunakan pendekatan penerangan langkah demi langkah serta berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai. Pembinaan topik bagi modul ini adalah berdasarkan kepada perisian AutoCAD 3D sepenuhnya. Penilaian formatif dilaksanakan pada setiap fasa pembangunan bersama penyelia untuk memastikan modul pembelajaran yang dibangunkan menepati objektif dan sasaran pembinaannya. Oleh itu, pembinaan modul pembelajaran ini diharap dapat membantu para pelajar Fakulti Pendidikan dalam mempelajari dan menguasai penggunaan AutoCAD 3D dengan lebih jelas dan mudah.

Cite

CITATION STYLE

APA

MOHD ARIFFIN, S. (2008). MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI MATA PELAJARAN REKA BENTUK BERBANTU KOMPUTER AUTOCAD 3D. Universiti Teknologi Malaysia, 39(5), 561–563.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free