Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif Pengurus Pendidikan Wanita

  • Abdul Ghani Abdullah
  • Tang. K. N
ISSN: 01266020
N/ACitations
Citations of this article
177Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengurusan budaya kolabo- ratif oleh pengurus pendidikan wanita dan pengaruhnya terhadap motivasi guru. Data diperoleh dengan kaedah tinjauan daripada 73 buah sekolah menengah harian biasa yang diurus oleh pengetua wanita di negeri Pulau Pinang dan Kedah serta dianalisis menggunakan unit analisis peringkat sekolah. Dapatan deskriptif menunjukkan bahawa pengurusan budaya kolaboratif memang dia- malkan oleh pengurus wanita, tetapi fokusnya lebih tertumpu kepada menjana dan mengekalkan dimensi kolaboratif guru dan kepimpinan sahaja. Analisis ko- relasi pula mendapati wujudnya perhubungan yang signifikan dan kukuh antara pengurusan budaya kolaboratif dengan motivasi guru. Dapatan regresi pula menunjukkan bahawa pengurusan budaya kolaboratif kejelekitan berterusan dan keperluan bersatu mempunyai pengaruh terhadap motivasi guru namun sumbangan kedua-dua pemboleh ubah ini berbeza berdasarkan tahap motivasi guru. Implikasinya pada peringkat amalan budaya kolaboratif ialah pengurus pendidikan harus bijak mengolah dimensi budaya kolaboratif secara kreatif berdasarkan tahap motivasi.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Ghani Abdullah, & Tang. K. N. (2006). Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif Pengurus Pendidikan Wanita. Jurnal Pendidikan, 31, 97–105. Retrieved from http://www.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/jpend31_07.pdf

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free