Pembinaan Instrumen Jati Diri Pelajar Sekolah Menengah Di Malaysia

  • Toti Z
  • Amir R
  • Rahman S
N/ACitations
Citations of this article
37Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina satu instrumen untuk mengukur tahap jati diri pelajar. Instrumen dibina berdasarkan konstruk sedia ada oleh pengkaji tempatan dan dihalusi oleh pandangan 6 orang pakar dalam bidang pendidikan. Satu soal-selidik telah disediakan dan ditadbir kepada 118 orang pelajar sekolah menengah. Untuk menguji bilangan faktor dan kebolehpercayaan dalaman data kajian dianalisis menggunakan statistik analisis faktor dan nilai pekali Alpha Cronbach. Nilai Alpha Cronbach yang diperoleh antara .55 hingga .83. Analisis dapatan menunjukkan konstruk Jati Diri ini terdiri dari dua dimensi utama dan tujuh sub dimensi. Dimensi pertama dikenali sebagai Dimensi Kesetiaan mempunyai 3 sub dimensi iaitu Patriotisme, Budaya Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan. Manakala dimensi kedua yang dikenali Dimensi Kekuatan Diri terdiri dari 4 sub dimensi iaitu Ketahanan Diri, Sahsiah Diri, Kekuatan Jiwa dan Etika. Kajian ini mendapati instrumen jati diri yang dibina mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi dan boleh digunakan dalam mengukur Jati Diri pelajar sekolah menengah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Toti, Z., Amir, R., & Rahman, S. (2014). Pembinaan Instrumen Jati Diri Pelajar Sekolah Menengah Di Malaysia. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR, 9-10June(June), 664–672.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free