Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Setiausaha Sukan Di Dalam Mengurus Sukan Sekolah

  • Mohd Anuar Abd Rahman
  • Md Yusof Md Yunos
N/ACitations
Citations of this article
20Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian diskriptif ini bertujuan melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap setiausaha sukan sekolah terhadap tugasnya. Seramai 80 orang guru dari 16 buah sekolah kebangsaan di Zon Bandar Pontian telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina berdasarkan senarai tugas setiausaha sukan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan soal selidik, kajian rintis telah dijalankan ke atas 15 orang guru Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi Pontian. Hasil analisis menunjukkan nilai Alpha Cronbach kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.939. Dapatan dari kajian sebenar menunjukkan bahawa pengetahuan dan sikap setiausaha sukan terhadap tugasnya berada pada tahap yang tinggi manakala kemahiran berada pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara setiausaha sukan lelaki dengan setiausaha sukan wanita dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Akhir kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Anuar Abd Rahman, & Md Yusof Md Yunos. (2011). Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Setiausaha Sukan Di Dalam Mengurus Sukan Sekolah. Unspecified, 1–5. Retrieved from http://eprints.utm.my/11810/

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free