POLA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MARZANO BERDASARKAN DIMENSI MENGGUNAKAN PENGETAHUAN BERMAKNA

  • 1Yee Mei Heong, 2Jailani Md Yunos, 3Suzanna Ibrahim @ Sulong 4
N/ACitations
Citations of this article
76Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Aspek kemahiran berfikir khususnya kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) amat penting dalam kalangan pelajar. Jika aspek ini dikuasai dengan baik, ia akan menjadi satu alat yang berguna untuk membantu pelajar belajar, seterunya dapat meningkatkan prestasi pencapaian dan memperbaki kelemahan diri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola KBAT Marzano berdasarkan Dimensi Menggunakan Pengetahuan Bermakna dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional (BBV) di Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dimensi ini melibatkan 5 jenis kemahiran iaitu Membuat Keputusan, Menyiasat, Inkuiri Eksperimen, Menyelesaikan Masalah dan Mereka Cipta. Seramai 158 orang pelajar FPTek telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik yang dimodifikasikan dari Rubrics for Specific Task or Situations Marzano (1993) telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa KBAT Marzano pelajar paling cenderung kepada kemahiran mereka cipta (min = 2.17), diikuti dengan kemahiran inkuiri eksperimen (min = 2.16) dan kemahiran menyiasat (min = 2.01) iaitu pada tahap sederhana. Manakala kemahiran yang paling rendah didapati dalam kalangan pelajar adalah kemahiran membuat keputusan (min = 1.5459), diikuti kemahiran menyelesaikan masalah (min = 1.5934) iaitu berada pada tahap rendah. Berdasarkan ciri-ciri demografi pula, terdapat hubungan yang sangat lemah di antara kemahiran menyiasat pelajar dengan tahun pengajian (eta = 0.23, p< .05) dan kemahiran mereka cipta dengan tahun pengajian (eta = 0.20,

Cite

CITATION STYLE

APA

1Yee Mei Heong, 2Jailani Md Yunos, 3Suzanna Ibrahim @ Sulong, 4 Widad Othman & 5Tee Tze Kiong. (1993). POLA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MARZANO BERDASARKAN DIMENSI MENGGUNAKAN PENGETAHUAN BERMAKNA.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free