Meningkatkan Kelancaran Dan Penguasaan Membaca Bagi Kemahiran Kvk+Kv+Kvk Dengan Menggunakan Teknik Permainan Pijak Baca

  • Muhammad E
  • Ismail A
N/ACitations
Citations of this article
43Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan adalah bagi menilai sejauh mana keberkesanan aktiviti permainan Pijak Baca (PB) dalam meningkatkan kelancaran membaca murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pemulihan Bahasa Melayu. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini ialah murid-murid dari kelas 3 Rajin di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dijalankan melalui pemerhatian. Melalui pemerhatian awal, murid didapati menghadapi masalah untuk membaca dengan lancar. Diperhatikan juga, murid sangat suka melakukan aktiviti bermain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan pada langkah kedua. Jika permainan tidak diselitkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan kelihatan tidak bersemangat untuk menjalani proses pembelajaran pada hari tersebut. Murid-murid memerlukan aktiviti yang dapat merangsang mereka untuk belajar dengan berkesan. Beberapa cara pengumpulan data akan digunakan seperti senarai semak pemerhatian dan temubual bagi menilai keberkesanan teknik permainan PB dalam meningkatkan kelancaran membaca murid. Teknik permainan PB dapat menarik dan merangsang responden untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kata kunci: kelancaran membaca, bermain, teknik permainan Pijak Baca.

Cite

CITATION STYLE

APA

Muhammad, E. H., & Ismail, A. H. (2013). Meningkatkan Kelancaran Dan Penguasaan Membaca Bagi Kemahiran Kvk+Kv+Kvk Dengan Menggunakan Teknik Permainan Pijak Baca. Penyelidikan Tindakan PISMP 2013, 2(5), 11–21. Retrieved from http://mylib.cakna.net/index.php/2013/article/view/424

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free