Abstrak Makalah ini membincangkan kedudukan dan peranan kesusasteraan Melayu tradisional dalam konteks komunikasi massa. Selain itu, makalah ini juga bertujuan melihat bagaimana karya kesusasteraan Melayu tradisional menjadi medium penyampaian ilmu, pengajaran dan hiburan yang efektif kepada khalayaknya. Kajian ini menggunakan pendekatan konseptual iaitu cuba menganalisis bagaimana karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional berperanan sebagai alat komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej kepada khalayaknya. Model Source-Message-Channel-Receiver (SMCR) yang diperkenalkan oleh Wilbur Schramm (1982) dijadikan sandaran untuk melihat fungsi kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wahana komunikasi massa. Abstract This paper discusses the position and role of traditional Malay literature in the context of mass communication. In addition, this paper also aims to look at how traditional Malay literary works become the effective medium of knowledge, teaching and entertainment to the audience. This study uses a conceptual approach that is trying to analyze how the works of traditional Malay literature serve as an effective communication tool to convey information or a message to its audience. The Model of Source-Message-Channel-Receiver (SMCR) introduced by Wilbur Schramm (1982) relied on to see the traditional Malay literature as a means of mass communication.
CITATION STYLE
Jamian, M. N., & Md Radzi, S. B. (2015). Kesusasteraan Melayu Tradisional Sebagai Wadah Komunikasi Massa: Suatu Analisis (Traditional Malay Literature as a Medium of Mass Communication: An Analysis). Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 31(2), 183–194. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2015-3102-12
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.