Pembayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan dan Peranan Amil Kariah: Satu Kajian di Daerah Hulu Langat, Selangor

  • Abdul Rahman S
  • Wahid H
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Zakah is the third pillar of Islam. Zakah al-fitr is a zakah that is obligatory upon every Muslim. The amount of zakah al-fitr that was set by the state of Selangor is RM7 per head. However, Selangor Zakat Board (LZS) has an encouragement campaign of “Jom Bayar Zakat Fitrah Ikut Harga Beras Yang Dimakan” which aims to ensure Muslims in the state of Selangor pay zakat fitrah based on their economic status as measured by the rice consumed. Hence, this study aims to examine the awareness of zakah payers in Selangor on the promotional campaign, the media delivery medium and the public's response in implementing it. In addition, the study also examines the factors that encourage Muslim societies to pay zakah al-fitr including the role of amil kariah zakah al-fitr in the success of the promotion campaign. This study focuses on Muslim community respondents in Hulu Langat, Selangor. This study also focuses on respondents who perform prayers in congregation at the mosque. The results showed that the majority of respondents paid zakah al-fitr at RM7 per head, according to the rice consumed, namely the 'Super Special Local' rice. The study also found that the majority of respondents heard the encouragement campaign through Friday's sermon and talks at the mosque and they also agreed on the role of amil kariah zakah al-fitr in conveying the promotion campaign. Some suggestions and policy implications are also discussed in this study. Abstrak Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Zakat fitrah pula adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim. Kadar zakat fitrah yang ditetapkan oleh negeri Selangor ialah RM7 bagi satu kepala. Walaupun demikian, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengadakan kempen galakan “Jom Bayar Zakat Fitrah Ikut Harga Beras Yang Dimakan” yang bertujuan untuk memastikan individu Muslim di negeri Selangor membayar zakat fitrah berdasarkan status ekonomi mereka yang diukur berdasarkan beras yang dimakan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesedaran pembayar zakat di negeri Selangor terhadap kempen galakan tersebut, medium penyampaian kempen tersebut dan sambutan masyarakat dalam melaksanakannya. Selain itu, kajian ini juga turut mengkaji faktor-faktor yang mendorong masyarakat Muslim membayar zakat fitrah termasuklah peranan amil kariah zakat fitrah dalam menjayakan kempen galakan tersebut. Kajian ini menumpukan kepada responden masyarakat Muslim di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini tertumpu kepada responden yang menunaikan solat secara berjemaah di masjid. Hasil kajian mendapati majoriti responden membayar zakat fitrah pada kadar RM7 bagi satu kepala mengikut beras yang dimakan iaitu beras ‘Super Special Tempatan’. Kajian ini juga mendapati majoriti responden mendengar kempen galakan tersebut melalui medium khutbah Jumaat dan ceramah di masjid serta mereka juga bersetuju peranan amil kariah zakat fitrah dalam menyampaikan kempen galakan tersebut. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Rahman, S. N., & Wahid, H. (2019). Pembayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan dan Peranan Amil Kariah: Satu Kajian di Daerah Hulu Langat, Selangor. Journal of Fatwa Management and Research, 355–395. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.290

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free