Abstract Malaysia must take the issue of homelessness seriously. Specifically, the homelessness of abandoned children and youths has increased over time due to poverty and the breakdown of the family unit. This phenomenon among the young may negatively impact education, the economy and society. Hence, this paper intends to discuss cultural factors that could have caused homelessness among the subjects, its effects and suggested intervention measures. The study showed that the lack of education among parents, the deaths and losses of family members, and poverty were the main factors leading to homelessness among the young. Consequently, the homeless young become vulnerable to promiscuity, failure in school, illness and crime. Hence, intervention measures like establishing an action plan by the authorities and deriving solutions from the community, parents and non-governmental organisations (NGOs) are recommended. Such discussions could provide information to the authorities, such as the Department of Social Welfare (JKM), in determining further action and improving the approaches to help them. Steps like these may also improve the welfare services provided by the government and NGOs when distributing basic needs and social support to the target group. Keywords: homelessness, youth, children, education, poverty Abstrak Isu gelandangan merupakan salah satu isu utama yang perlu dipandang serius di Malaysia. Masalah gelandangan golongan kanak-kanak dan belia dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa kerana faktor kemiskinan dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Isu gelandangan dalam kalangan kanak-kanak dan belia mampu memberi impak yang negatif dalam pendidikan, ekonomi dan sosial. Makalah ini akan membincangkan faktor budaya yang menyebabkan golongan kanak-kanak dan belia bergelandangan, kesan dan intervensi kepada masalah gelandangan dalam golongan belia dan kanak-kanak. Faktor ibu bapa kurang ilmu, kematian dan kehilangan ahli keluarga, serta latar belakang keluarga yang miskin didapati menjadi faktor belia dan kanak-kanak bergelandangan. Gelandangan belia dan kanak-kanak mudah terjebak dalam pergaulan bebas, keciciran dalam pendidikan, tahap kesihatan yang terjejas dan penglibatan dalam jenayah. Langkah intervensi seperti penubuhan pelan tindakan oleh pihak berwajib dan saranan penyelesaian oleh masyarakat, ibu bapa, serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga dibincangkan. Perbincangan sebegini dapat memberi maklumat kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam menentukan tindakan dan menambahbaik kaedah yang digunakan dalam membantu golongan gelandangan belia dan kanak-kanak. Oleh itu, kaedah tersebut dapat diaplikasikan untuk menambah baik perkhidmatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan semasa menyalurkan keperluan asas serta sokongan sosial kepada golongan ini. Kata Kunci: isu gelandangan, kanak-kanak, belia, Pendidikan, kemiskinan.
CITATION STYLE
Jasni, M. A., Hassan, N., Ibrahim, F., & Kamaluddin, M. R. (2022). GELANDANGAN DALAM KALANGAN BELIA DAN KANAK-KANAK TERBIAR DI MALAYSIA: SATU PERBINCANGAN. Jurnal Pengajian Melayu, 33(2), 98–117. https://doi.org/10.22452/jomas.vol33no2.6
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.