PENDEKATAN MALAYSIA DAN INDONESIA DALAM MENGATASI KRISIS EKONOMI 1997: KESAN TERHADAP PELABURAN MALAYSIA DI INDONESIA.

  • Ibrahim M
N/ACitations
Citations of this article
23Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Krisis ekonomi 1997 yang telah berlaku di Thailand, Korea Selatan, Filipina, Malaysia dan Indonesia telah memberi kesan yang besar terhadap inflasi ekonomi dan nilai mata wang. Malaysia dan Indonesia juga antara negara yang turut menerima kesan buruk terhadap krisis ekonomi yang berlaku. Fokus kajian adalah mengkaji tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dan Indonesia dalam menangani dan memulihkan semula krisis ekonomi. Perbezaan dasar dan strategi dalam menangani krisis ekonomi Malaysia dan Indonesia dikaji secara mendalam bagi melihat impak terhadap permulihan ekonomi. Selain itu, kajian juga turut melihat kesan ekonomi 1997 terhadap pelaburan Malaysia di Indonesia. Hasil kajian mendapati bahawa kegagalan menangani krisis ekonomi 1997 bukan sahaja memberi impak kepada pembangunan ekonomi negara malah turut memberi impak kepada politik negara. Keadaan ini telah memberi impak terhadap politik di Indonesia sehingga jatuhnya kerajaan Order Baharu Suharto. Kegagalan Indonesia memulihkan ekonomi dalam jangka masa pendek telah memberi kesan pelaburan Malaysia terutama dalam sektor peladangan di Indonesia. Ini telah membawa kepada pemberhentian operasi peladangan sehingga keadaan ekonomi Indonesia pulih.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ibrahim, M. A. (2019). PENDEKATAN MALAYSIA DAN INDONESIA DALAM MENGATASI KRISIS EKONOMI 1997: KESAN TERHADAP PELABURAN MALAYSIA DI INDONESIA. SEJARAH, 28(1), 118–132. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol28no1.8

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free