Analisis Keputusan Fatwa Tempatan Sewaktu Pandemik Covid-19 Menurut Kerangka Al-Tarakhkus Fi Al-Fatwa

  • Mohd Hapiz Mahaiyadin
  • Azri Bhari
  • Mohd Dasuqkhi Mohd Sirajuddin
N/ACitations
Citations of this article
17Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pandemik Coronavirus Disease (COVID-19) telah mendatangkan impak terhadap kehidupan sosial, ekonomi, pendidikan, politik dan juga urusan keagamaan. Kegiatan ibadat yang melibatkan sosialisasi umat Islam di masjid dan surau seperti solat berjemaah, solat Jumaat, solat tarawih, iktikaf, pengurusan jenazah dan solat jenazah tertakluk juga kepada norma baharu yang dibuat bagi menjaga keselamatan orang ramai daripada jangkitan Covid-19 selain mempengaruhi beberapa keputusan hukum dan fatwa. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis beberapa keputusan pandangan hukum dan fatwa yang dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan jabatan mufti negeri berkaitan ibadat yang berbeza dengan fatwa muktamad mazhab Syafi’i. Berpandukan metod analisis kandungan (content analysis) yang menggunakan kaedah analisis konseptual dan semantik, kajian ini akan membincangkan keabsahan perbezaan fatwa tersebut daripada pendekatan al-tarakhkhus fi al-fatwa. Pendekatan al-tarakhkhus fi al-fatwa berbeza dengan amalan tatabbu’ al-rukhas yang diwaspadai oleh kebanyakan usuliyyin. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa berlakunya pemfatwaan pendapat marjuh dan bukan muktamad mazhab Syafi’i adalah bertepatan dengan pendekatan al-tarakhkhus fi al-fatwa yang dibenarkan oleh para ulama kerana ianya bertepatan dengan maqasid syariah, maslahah dan rukhsah kepada umat Islam. Signifikan kajian ini diharap dapat meredakan keresahan orang ramai terhadap keputusan fatwa yang dikemukakan itu sebagai bertentangan dengan standard fatwa berdasarkan mazhab Syafi’i di Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Hapiz Mahaiyadin, Azri Bhari, & Mohd Dasuqkhi Mohd Sirajuddin. (2021). Analisis Keputusan Fatwa Tempatan Sewaktu Pandemik Covid-19 Menurut Kerangka Al-Tarakhkus Fi Al-Fatwa. Journal of Fatwa Management and Research, 26(2), 111–130. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.391

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free