Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Komik STEM tahun satu untuk mata pelajaran sains dan matematik. Komik STEM ini dibangunkan berdasarkan kepada model Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (TPACK). Pembangunan kandungan komik ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pembinaan komik STEM dan fasa penilaian Komik STEM. Walaubagaimanapun, artikel ini hanya membincangkan kepada fasa pembangunan komik STEM. 13 orang Guru Cemerlang sains dan matematik dari daerah Hulu Langat terlibat dalam analisis sukatan mata pelajaran sains dan matematik tahun satu dan penyediaan skrip manakala ilustrator komik STEM dibuat oleh 2 orang pensyarah dari Fakulti Seni. Komputeran dan Industri Kreatif dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hasilnya, sebuah Komik STEM yang mengandungi 10 siri gabungjalin kandungan tajuk dalam matapelajaran sains dan matematik tahun satu telah berjaya dibangunkan. Komik ini dijangka menarik minat serta meningkatkan pencapaian murid tahun satu dalam matapelajaran sains dan matematik. Implikasi kajian ini, komik STEM boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar sains dan matematik.
CITATION STYLE
Abdullah, N., Adnan, M., Ibharim, L. F., Wee Hoe, T., Janan, D., Abdullah, J. M., … Abdul, A. S. (2018). Pembangunan Komik STEM Tahun Satu untuk matapelajaran Sains dan Matematik. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 8(2), 86–96. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol8.2.9.2018
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.