Trend Penggunaan Bahasa Samar dalam Persidangan Parlimen Malaysia (Trend of Adjunctive and Disjunctive Extenders Usage in The Malaysian Parliament)

  • Tan K
  • Ho-Abdullah I
  • Zulkifli N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini mengkaji trend penggunaan bahasa samar oleh ahli politik dalam persidangan Parlimen Malaysia dengan mengkaji korpus Hansard Parlimen Malaysia dari tahun 1970 hingga ke tahun 1979 dan membandingkannya dengan korpus pada tahun 2000 hingga ke 2009. Kategori bahasa samar yang dikaji adalah bahasa samar kata hurai adjuntif dan disjuntif. Metodologi berasaskan korpus yang digunakan telah mengenalpasti kata kunci yang ketara luar biasa iaitu ‘sebagainya’ dalam kategori ini, sekaligus mengesahkan kepentingan bahasa samar sebagai salah satu gaya bahasa yang signifikan dalam Parlimen. Frasa kata hurai adjuntif yang dikaji ialah ‘dan lain-lain’ dan ‘dan sebagainya’ manakala frasa kata hurai disjuntif pula ialah ‘atau sebagainya’ dan ‘atau lebih’. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat penambahan kepada trend penggunaan frasa ‘dan sebagainya’ di mana fungsinya diperluas untuk membincangkan perihal isu-isu dan penyelesaian pada sekitar dekad 2000, berbanding hanya membincangkan isu semata-mata pada dekad 1970-an. Fungsi frasa kata hurai disjuntif ‘atau lebih’ pula didapati sangat menarik kerana ia digunakan secara meluas sekitar dekad 2000 untuk memetik akta undang-undang, satu fenomena yang tidak wujud pada dekad 70-an. Secara amnya, trend penggunaan bahasa samar dari tahun 70-an ke sekitar 2000 adalah semakin meningkat, dengan kekerapan penggunaan kata hurai adjuntif lebih tinggi berbanding disjuntif berdasarkan kekerapan per juta. Trend ini diramal akan berterusan dalam persidangan Parlimen yang akan datang.Alternate abstract: This study traces the trend of vague language usage among politicians in the Malaysian Parliament by studying the Malaysian Parliament Hansard corpus from 1970 to 1979 and comparing it to the corpus from 2000 to 2009. The category of vague language studied is the adjunctive and disjunctive phrases. Corpus-based methodology enables the identification of unusually significant keyword index of words in this category thus affirming the significance of vague language in the Malaysian Parliament. The adjunctive phrases were ‘dan lain lain’, ‘dan sebagainya’ and the disjunctive phrases were ‘atau sebagainya’ and ‘atau lebih’. Findings indicated that there is an extension of function of ‘dan sebagainya’ whereby this phrase is used to address only issues in 1970s in contrast with the year 2000s where the function of ‘dan sebagainya’ has been expanded to address both issues and providing solutions. The disjunctive ‘atau lebih’ is interesting, as it is used extensively in 2000s to quote legal acts, something which is not present in the 70s. Generally, the trend of usage from the 70’s to 00’s is a high preference for the use of adjunctives over disjunctives based on frequency per million. This trend predictably will continue in the forthcoming Parliamentary sessions.

Cite

CITATION STYLE

APA

Tan, K. H., Ho-Abdullah, I., Zulkifli, N. A., & Mohd Shukor, S. M. (2017). Trend Penggunaan Bahasa Samar dalam Persidangan Parlimen Malaysia (Trend of Adjunctive and Disjunctive Extenders Usage in The Malaysian Parliament). GEMA Online® Journal of Language Studies, 17(4), 84–100. https://doi.org/10.17576/gema-2017-1704-06

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free