Pemahaman Makna Tersirat Kanak-Kanak Prasekolah Dan Kepentingannya Dalam Usaha Pembentukan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) Yang Lebih Berkesan

  • Mohamed N
N/ACitations
Citations of this article
16Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Perkara 152 perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan utama rakyat berbilang bangsa. Bahasa Melayu menjadi lambang kepada kewujudan negara bangsa dan sebagai bahasa perpaduan negara ini. Lantaran itu, bahasa Melayu menjadi wasilah dan wadah pembangunan negara dengan berperanan sebagai bahasa komunikasi, bahasa pentadbiran, bahasa pendidikan dan bahasa yang melambangkan jati diri rakyat Malaysia. Kerangka Standard Bahasa Melayu (KBSM) merupakan satu wadah yang dibangunkan sebagai satu piawai bahasa untuk menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat yang paling mahir. Dalam usaha mewujudkan KBSM yang lebih berkesan, kajian terhadap tahap pemerolehan dan pemahaman makna tersirat kanak-kanak prasekolah telah dilakukan bagi membolehkan usaha tuntas dapat dijalankan diperingkat akar umbi lagi. Kajian ini diharap dapat membantu pendidik dalam merancang pembelajaran bahasa yang sesuai dengan keupayaan kanak-kanak terutamanya yang meliputi kaedah pengajaran dan penyediaan sukatan pelajaran. Pengumpulan data dilakukan dengan merakamkan ujaran kanak-kanak prasekolah secara spontan semasa mereka berkomunikasi dalam lingkungan rakan sebaya. Data telah ditranskripsikan dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan Konsep Implikatur Perbualan melalui Prinsip Kerjasama Grices. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah telah menguasai pemahaman makna tersirat dengan baik.  Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai kecekapan berbahasa yang membolehkan mereka memperolehi atau menyesuaikan pemahaman tentang bahasa mengikut pelbagai kekangan sosial yang wujud dalam pelbagai wacana dan situasi bahasa. Dapatan ini penting untuk memberikan kefahaman kepada semua tentang tahap sebenar pemahaman kanak-kanak untuk membolehkan pelbagai dasar dan program yang bersesuaian dilakukan terutamanya dalam usaha membentuk Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) yang lebih berkesan.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohamed, N. A. (2021). Pemahaman Makna Tersirat Kanak-Kanak Prasekolah Dan Kepentingannya Dalam Usaha Pembentukan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) Yang Lebih Berkesan. Sains Insani, 6(1), 167–172. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.215

Readers' Seniority

Tooltip

PhD / Post grad / Masters / Doc 4

100%

Readers' Discipline

Tooltip

Social Sciences 1

25%

Linguistics 1

25%

Arts and Humanities 1

25%

Environmental Science 1

25%

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free