Pada era dunia globalisasi masa kini, ekonomi Malaysia perlu lebih berdaya saing untuk kekal maju dan mapan setanding dengan ekonomi negara-negara membangun yang lain. Keperluan daya saing dalam diri individu amat ditekankan oleh kerajaan terutama kepada generasi muda yang bakal mewarisi ekonomi negara kelak. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengukur sejauh mana tahap daya saing pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia. Seramai 1910 pelajar sarjana muda dari 15 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 16 buah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Semenanjung Malaysia telah terlibat sebagai responden kajian. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Sosial Science (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan nilai skor min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap daya saing pelajar IPT secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana tinggi dengan nilai purata skor min sebanyak 3.54. Dapatan menunjukkan bahawa secara amnya antara sembilan konstruk daya saing, konstruk matlamat mencatatkan skor min tertinggi dengan nilai min 3.95 dan konstruk yang mempunyai skor min terendah ialah konstruk agresif dengan nilai min 3.27. Sementara tujuh konstruk yang lain mencatatkan nilai min di antara 3.29 hingga 3.79. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar IPT di Semenanjung Malaysia secara amnya masih tidak memiliki daya saing yang mantap sepertimana yang disarankan oleh Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara serta belum bersedia untuk berdepan dengan cabaran arus globalisasi secara kompetitif. Kata kunci: Daya saing; pelajar institut pengajian tinggi; institut pengajian tinggi awam; institut pengajian tinggi swasta ABSTRACT In this era of globalization, the economy in Malaysia needs to be more competitive in order to stay advanced and stable, comparable with the economy in other developing countries. The need for competitiveness in an individual is emphasized by the government, especially to the young generation who will inherit the economy of the country. Hence, this study was implemented to measure the competitiveness level of higher education institutions students in Penisular Malaysia. A total of 1910 undergraduate students from 15 Public Institutions of Higher Education (IPTA) and 16 Private Institutions of Higher Education (IPTS) were selected as respondents. This study is a quantitative study using questionnaires as the instrument. The data were analyzed using the software Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 16.0 to find the mean score, standard deviation, frequency and percentage. The results of the study indicated that the competitiveness level of IPT students, as a whole is high intermediate level with the mean score of 3.54. This finding also explains that among the nine constructs of competitiveness, the goal construct recorded the highest mean score with the mean value of 3.95 and for the lowest construct is aggressive construct with the mean value of 3.27. Meanwhile, the mean value recorded for the other seven constructs is from3.29 to 3.79. This shows that students of higher education institutions are still not competitive enough as stated in the goal of the National Higher Education Strategic Plan and they are not ready to face the challenges of globalization competitively.
CITATION STYLE
OTHMAN, N., KHASBULLAH, K. K., & AB WAHID, H. (2015). Tahap Daya Saing Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia. JURNAL PENDIDIKAN MALAYSIA, 40(2), 139–149. https://doi.org/10.17576/jpen-2015-4002-06
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.