Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan memperincikan ciri-ciri bijaksana kepimpinan Tun Perak yang sejajar dengan nilai integriti dengan tujuan membangunkan satu kerangka model kepimpinan berintegriti yang boleh dijadikan contoh kepemimpinan masa kini. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis deskriptif. Sumber utama kajian adalah teks Sulalatus salatin yang dikaji oleh Muhammad Haji Salleh dan teks Tun Perak Pencetus Wawasan Empayar Melaka oleh Muhd Yusof Ibrahim (2009). Aspek utama yang diberi tumpuan dalam analisis ini ialah sifat bijaksana yang meliputi sifat manusia berakal budi, arif, pandai, berhati-hati dan cerdik sejajar dengan maksud integriti. Hasil analisis yang dilakukan, kajian ini mendapati nilai bijaksana Bendahara Tun Perak tergambar pada tiga sifat utamanya, iaitu akal budi, kepandaian dan sikap berhati-hati. Akal budi yang ada pada diri Tun Perak terbina sejak beliau masih kecil menerusi didikan dan pesanan-pesanan kebaikan ayahandanya. Kepandaian Tun Perak pula dapat dikesan dalam empat perkara iaitu pandai mengatur strategik perang, mentadbir, menasihatkan sultan dan memajukan perdagangan. Nilai bijaksana Tun Perak juga turut memancarkan lapan ciri kepimpinana yang dapat dijadikan contoh kepimpinan berintegriti yang boleh diketengahkan dalam kepimpinanan masyarakat dan negara pada pada hadapan.
CITATION STYLE
Ali, A. H., & Malik, A. (2021). Ciri-ciri Bijaksana Bendahara Tun Perak dalam Pembentukan Model Kepimpinan Berintegriti. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 26–39. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.1.3.2021
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.