Cerminan Pemakanan Sihat dalam Peribahasa Tamil: Suatu Kajian Semantik Inkuisitif

  • Murthy T
  • Subet M
  • ZaidDaud M
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Amalan pemakanan sihat khususnya yang berpandukan piramid makanan seharusnya diikuti dalam aktiviti pemakanan seharian kita. Melalui panduan piramid makanan ini mengandungi empat jenis atau kumpulan makanan yang disusun mengikut tingkat atau aras berdasarkan jumlah dan kuantiti pemakanan yang disyorkan oleh pihak kesihatan seluruh dunia bagi memenuhi ciri - ciri pemakanan yang seimbang,sihat dan betul. Salah-satunya ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang berada pada aras dua sebagai kumpulan makanan yang kaya dengan zat vitamin, mineral dan serat. Secara implisitnya, imej pemakanan sihat ini turut dipancarkan dalam penciptaan peribahasa contohnya peribahasa Tamil sebagaimana kajian ini dijalankan. Imej pemakanan sihat telah dikesan dalam dapatan data peribahasa Tamil yang dikutip melalui temu bual mendalam terhadap empat orang informan yang berbangsa India. Sejumlah lima peribahasa Tamil telah disaring menggunakan pensampelan bertujuan mempunyai imej pemakanan sihat iaitu sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti “terung”, “ubi kayu”, “labu air” telah dikesan dalam 25 data peribahasa Tamil yang diperoleh. Oleh itu, kajian ini akan meneliti makna implisit dalam peribahasa ini menggunakan pendekatan semantik inkuisitif oleh Nor HashimahJalaluddin (2014) dengan mengaitkan data, teori, kognitif dan akal budi penutur. Dengan adanya maklumat-maklumat sebegini pengkaji mampu melihat hubungan bahasa, masyarakat dan pemikiran seseorang itu.

Cite

CITATION STYLE

APA

Murthy, T., Subet, M. F., & ZaidDaud, M. (2019). Cerminan Pemakanan Sihat dalam Peribahasa Tamil: Suatu Kajian Semantik Inkuisitif. Jurnal Linguistik Terapan, 9(2), 1. https://doi.org/10.33795/jlt.v9i2.88

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free