Kemurungan dan Penggunaan Internet dalam kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Kawasan Luar Bandar

  • Abd Kahar S
  • Surat S
  • Rahman S
N/ACitations
Citations of this article
38Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara penggunaan internet dan kemurungan di kalangan remaja luar bandar. Kajian ini mengemukakan dimensi kajian yang berbeza daripada kajian-kajian sebelum ini dengan memberi fokus kepada penggunaan internet pelajar di kawasan luar bandar dan melihat kepentingan penggunaan internet dalam kalangan pelajar. Bagi mengumpul data kuantitatif kajian ini, kaedah tinjauan digunakan sebagai reka bentuk kajian. Pemeriksaan dapatan kajian mendedahkan bahawa tahap kemurungan pelajar dan penggunaan internet adalah rendah dan terdapat korelasi antara kedua-dua faktor dalam kalangan remaja yang tinggal di kawasan luar bandar, dengan nilai r = 0.323 dan Sig. = 0.00 (k0.001). Dapatan kajian ini berpotensi digunakan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan program kesedaran tentang penggunaan internet serta isu kemurungan. Pihak sekolah perlu merancang pelbagai program atau kempen berkenaan penggunaan internet dalam kalangan pelajar supaya pelajar bijak mengawal penggunaan internet dan tidak akan alami ketagihan terhadap penggunaan internet.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abd Kahar, S. M. B., Surat, S., & Rahman, S. (2023). Kemurungan dan Penggunaan Internet dalam kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Kawasan Luar Bandar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002290. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2290

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free