Potensi Penggunaan Augmented Reality dalam Meningkatkan Motivasi dan Penglibatan Murid Pemulihan dalam Aktiviti Penulisan

  • Ong S
  • Mydin Kutty F
N/ACitations
Citations of this article
96Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penguasaan penulisan merupakan cabaran dalam konteks penulisan murid pemulihan kerana murid pemulihan merupakan murid yang bermasalah pembelajaran serta lambat dalam pembelajaran. Fokus kajian ialah inovasi yang dapat meningkatkan motivasi dan penglibatan murid pemulihan dalam penulisan. Augmented Reality (AR) telah diperkenalkan untuk meningkatkan motivasi dan penglibatan murid pemulihan dalam penulisan ayat. Namun, kajian aplikasi AR dalam konteks penulisan murid pemulihan masih terhad. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengaplikasikan teknologi Augmented Reality bagi meningkatkan motivasi dan penglibatan murid pemulihan dalam penulisan ayat bahasa Melayu. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tindakan berasaskan gelung kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Sampel kajian terdiri daripada empat orang murid pemulihan Tahun 2 dari sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina. Antara instrumen yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah ujian pra dan pasca, soal selidik serta temu bual. Instrumen ujian pra dan ujian pasca serta soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan jadual manakala temu bual dianalisis berdasarkan transkripsi secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi AR berkesan untuk meningkatkan motivasi dan penglibatan murid pemulihan ke arah pencapaian penulisan. Dicadangkan penemuan kajian boleh dirujuk dan dijadikan panduan dalam merangka modul pemulihan serta mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan aplikasi AR dalam kelas.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Cite

CITATION STYLE

APA

Ong, S. W., & Mydin Kutty, F. (2022). Potensi Penggunaan Augmented Reality dalam Meningkatkan Motivasi dan Penglibatan Murid Pemulihan dalam Aktiviti Penulisan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001366. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1366

Readers' Seniority

Tooltip

PhD / Post grad / Masters / Doc 11

65%

Lecturer / Post doc 5

29%

Researcher 1

6%

Readers' Discipline

Tooltip

Computer Science 4

31%

Social Sciences 4

31%

Linguistics 3

23%

Design 2

15%

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free