Penilaian Reka Bentuk Aplikasi Mudah Alih Mahir Nama Untuk Guru Prasekolah

  • Mohd Najib N
  • Abu Bakar K
  • Othman N
N/ACitations
Citations of this article
25Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

M-Pembelajaran merupakan pembelajaran secara bebas tanpa terhad kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku. Ia menjadikan pembelajaran mudah alih salah satu medium dalam meningkatkan aktiviti pedagogi. Penggunaan tablet oleh kanak-kanak di rumah dikaitkan secara positif dengan pengetahuan tentang bunyi huruf dan kebolehan menulis nama. Kemahiran menulis nama sendiri dengan betul merupakan perkara yang amat penting dalam diri setiap kanak-kanak. Guru perlu merangka strategi yang sesuai bagi membantu meningkatkan kemahiran menulis nama kanak-kanak prasekolah ini. Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menilai reka bentuk dan kebolehgunaan aplikasi mudah alih Mahir Nama bagi elemen kemahiran menulis nama sendiri di kalangan kanak-kanak prasekolah. Penilaian reka bentuk ini dilaksanakan terhadap guru prasekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang dilaksanakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik yang dibina bagi memenuhi objektif keseluruhan kajian. Borang soal selidik dianalisis menggunakan program SPSS untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Interpretasi skor min yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan tahap rendah, sederhana rendah, sederhana tinggi dan tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penilaian reka bentuk daripada segi unsur paparan antara muka, unsur kandungan, unsur ciri-ciri multimedia dan unsur kebolehgunaan yang tinggi dengan min skor semua aspek yang dinilai melebihi 4.0. Hasil kajian bagi aplikasi mudah alih Mahir Nama mengikut persepsi guru prasekolah menunjukkan guru bersetuju aplikasi ini boleh digunakan untuk kanak-kanak prasekolah serta dilaksanakan di kelas prasekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Najib, N. A. H. B., Abu Bakar, K., & Othman, N. (2022). Penilaian Reka Bentuk Aplikasi Mudah Alih Mahir Nama Untuk Guru Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), e001805. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1805

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free