Amalan Kepimpinan Multidimensi Guru Besar dan Hubungannya dengan Komitmen Guru di Sekolah Rendah

  • Hew L
  • Alias B
  • Othman N
N/ACitations
Citations of this article
33Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada kemantapan kepimpinan guru besar dan pengurusan sekolah. Kepimpinan guru besar mempunyai hubungan terus dengan peningkatan komitmen guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan multidimensi guru besar dan tahap komitmen guru serta menentukan hubungan antara kepimpinan multidimensi dengan tahap komitmen guru sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian adalah tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian dan ditadbirkan secara atas talian melalui aplikasi google form. Seramai 370 orang guru daripada 8644 orang guru yang sedang berkhidmat di sekolah rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dilibatkan dalam kajian. Seterusnya, data yang diperoleh dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan multidimensi guru besar dan tahap komitmen guru berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan secara signifikan antara kepimpinan multidimensi guru besar dengan komitmen guru. Ini bermakna amalan kepimpinan multidimensi yang diamalkan oleh guru besar secara langsung berupaya meningkatkan komitmen guru-guru. Umumnya, kajian ini amat berguna kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Institut Aminuddin Baki kerana ia boleh dijadikan sebagai panduan dalam merangka dasar, strategi dan latihan kepimpinan kepada guru besar agar dapat meningkatkan komitmen guru di bawah kendalian mereka.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Cite

CITATION STYLE

APA

Hew, L. P., Alias, B. S., & Othman, N. (2023). Amalan Kepimpinan Multidimensi Guru Besar dan Hubungannya dengan Komitmen Guru di Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e002065. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2065

Readers' Seniority

Tooltip

PhD / Post grad / Masters / Doc 7

88%

Lecturer / Post doc 1

13%

Readers' Discipline

Tooltip

Social Sciences 3

33%

Business, Management and Accounting 3

33%

Computer Science 2

22%

Engineering 1

11%

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free