Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perbandingan corak kesepaduan pasukan bola tampar lelaki dan wanita peringkat sekolah menengah daerah Larut Matang dan Selama. Seramai 192 orang pemain bola tampar (96 lelaki dan 96 wanita) dipilih secara bertujuan sebagai responden. Kajian ini berbentuk tinjauan kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan untuk mengenalpasti corak kesepaduan adalah Group Environment Questionnaire (GEQ : Carron,Widmeyer, & Brawley,1985) yang mengandungi 18 item dan empat dimensi kesepaduan. Instrumen ini mengkaji corak kesepaduan pemain bola tampar lelaki dan wanita di peringkat suku akhir dan separuh akhir daerah Larut Matang Dan Selama. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian diskriptif dan ujian-t sampel tidak bersandar. Hasil kajian menunjukkan kesepaduan paling tinggi dalam kalangan pasukan yang menang di peringkat suku akhir dan separuh akhir berbanding dengan pasukan yang kalah. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan pasukan yang menang di peringkat suku akhir. Namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan pasukan lelaki dan wanita yang kalah dan menang di peringkat separuh akhir. Ini bermakna pasukan yang mempunyai perhubungan dan toleransi yang erat terhadap ahli pasukan mempunyai tahap kesepaduan yang tinggi. Oleh itu, pasukan tidak mempunyai minat terhadap ahli pasukan menyebabkan kesepaduan rendah serta pencapaian mereka tidak konsisten. Penyelidik menegaskan bahawa kesepaduan pasukan merupakan salah satu faktor yang penting dan jurulatih harus memberi penekanan terhadap kesepaduan pasukan sebelum, semasa dan selepas perlawanan bagi membentuk satu pasukan yang berprestasi tinggi pada masa akan datang.
CITATION STYLE
Moorthy, A. A., & Abd. Aziz, S. (2017). Perbandingan corak kesepaduan pasukan bola tampar lelaki dan wanita peringkat sekolah menengah daerah Larut Matang dan Selama. Movement, Health & Exercise, 6(2). https://doi.org/10.15282/mohe.v6i2.138
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.