Kemahiran komunikasi bukan lisan (KBL) adalah tonggak kepada keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan guru. Oleh kerana pembangunan teknologi maklumat dan pengaruhnya terhadap amalan pendidikan, maka pelaksanaan komunikasi ini perlu dikuasai oleh guru secara atas talian. Penulisan ini menggunakan pendekatan meta analisis, iaitu dengan cara merujuk kajian lepas bagi mengenalpasti isu pelaksanaan KBL dalam pengajaran Bahasa Arab melalui atas talian. Hasil analisis menunjukkan terdapat isu pelaksanaan KBL dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Arab melalui atas talian. Isu pelaksanaan KBL dalam kalangan guru ketika pelaksanaan PdPc dalam bilik darjah tradisional dan atas talian masih berlaku walaupun mereka mempunyai ilmu pengetahuan terhadap subjek Bahasa Arab. Antara isu yang dikenalpasti ialah kelemahan amalan komunikasi lisan dan juga faktor luaran seperti bebanan tugas yang dipikul oleh guru dan sokongan teknologi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru yang mengajar secara tradisional perlu memperbaiki kelemahan dalam kemahiran KBL terlebih dahulu. Ini kerana ia akan menjadi bertambah sukar sekiranya proses PdPc dijalankan secara atas talian. Guru tidak dapat mengelak daripada mengikuti arus perubahan PdPc era baharu ini kerana desakan dan keperluan teknologi dalam pendidikan sentiasa berubah dari masa ke masa. Demikian, prasarana dan teknologi perlu dibangunkan seiring dengan kejituan dalam kemahiran komunikasi.
CITATION STYLE
Norul’Azmi, N. A., & Zakaria, N. S. (2019). Isu pelaksanaan komunikasi bukan lisan dalam pengajaran bahasa Arab melalui atas talian. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 4(2), 110–124. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v4i2.60
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.