Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi mercu kemegahan dan kebanggaan negeri Sabah dalam sektor pendidikan. Hal ini membuktikan bahawa negeri Sabah mampu menyediakan institusi pendidikan awam kepada rakyat Sabah demi memperoleh pendidikan yang baik dan setaraf dengan negeri-negeri yang lain. Salah satu cabaran UMS dalam menjunjung nama di persada Malaysia mahupun antarabangsa adalah melalui penerbitan. Tentunya, penerbitan yang berimpak menjadi taruhan UMS untuk mempamerkan kewujudannya sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang terbaik di Malaysia. Justeru, kajian membincangkan penerbitan dalam bidang sains sosial berdasarkan rekod yang diperoleh dari pangkalan data Scopus bermula dari penubuhan awal UMS hingga tahun 2021. Kajian menggunakan analisis bibliometrik dengan menggarap 1,308 rekod penerbitan dalam pangkalan data Scopus melalui pencarian kata kunci. Hasil kajian mendapati penerbitan dalam bidang sosial sains bagi UMS masih perlu diusahakan dalam menerbitkan manuskrip dalam jurnal-jurnal berindeks Scopus. Pemetaan kajian menggunakan VOSviewer menunjukkan bahawa dalam rekod kata kunci kluster sains sosial, kebanyakan penyelidik adalah dalam kluster ekonomi, psikologi, kesusasteraan, kewangan dan geografi. Namun, adalah sangat terhad didapati dalam kluster sejarah, budaya, agama dan sebagainya untuk mewujudkan kluster yang signifikan setanding dengan kluster-kluster yang lain. Kajian ini adalah berbentuk laporan penerbitan yang diperoleh melalui pangkalan data Scopus yang bertujuan untuk melihat kerancakan penyelidik dalam menerbitkan manuskrip mereka dalam jurnal-jurnal berindeks Scopus. Implikasi kajian dapat dijadikan rujukan awal kepada penyelidik mendatang untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti. Universiti Malaysia Sabah (UMS) has become a beacon of splendour and pride for the state of Sabah in education sector. This proves that Sabah can provide public education institutions for the Sabah’s’ people to obtain a good education that is on par with other states. One of UMS’s challenge in upholding its name on the Malaysian and international scene is through publication. Of course, impactful publications are UMS’ best to showcase its existence as one of the best educational institutions in Malaysia. Therefore, this study aims to discuss publications in the field of social sciences based on records obtained from the Scopus database from the initial establishment of UMS until the year 2021. The study uses bibliometric analysis by working on 1,308 publication records in the Scopus database through keyword searches. The study found that publications in the social science field for UMS still need to be worked on in publishing manuscripts into Scopus-indexed journals. Research mapping via VOSviewer reveals that most researchers in the social science cluster keyword records are in the economics, psychology, literature, finance, and geography clusters. However, it is very limited in the cluster of history, culture, religion, and others to create a significant cluster with other clusters. This study is a publication report obtained through the Scopus database, which aims to see the momentum of researchers in publishing their manuscripts in Scopus-indexed journals. Their next stage of producing quality research
CITATION STYLE
MOHD NAZMI MOHD KHALLI, & MUHAMMAD FARID AZLAN HALMI. (2023). ANALISIS BIBLIOMETRIK KAJIAN SAINS SOSIAL DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) DALAM PANGKALAN DATA SCOPUS SEHINGGA TAHUN 2021. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), 34(1), 1–18. https://doi.org/10.51200/manu.v34i1.4388
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.