PUSAT-PUSAT PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU JOHOR MEMBINA PENEMPATAN AWAL ORANG MELAYU DI SEPANJANG SUNGAI JOHOR

  • Abdullah N
  • Jambi J
N/ACitations
Citations of this article
25Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pembinaan penempatan awal orang Melayu di sepanjang Sungai Johor semasa pemerintahan kesultanan Melayu Johor telah menjadi suatu unsur penting dalam pensejarahan negeri Johor. Kajian oleh beberapa sarjana seperti Kamdi (2013), Buyong Adil (1971) dan Winstedt (1979) ada menyebut peranan Sungai Johor dalam proses pembinaan kesultanan Melayu Johor. Mereka juga menulis secara tidak langsung bahawa dalam proses pembinaan pusat-pusat pemerintahan tersebut diikuti juga pembinaan penempatan awal orang Melayu sepanjang Sungai Johor daripada Kota Kara sehingga Panchor dan Seluyut. Kajian ini dilakukan adalah untuk membincangkan secara khusus mengenai kawasan-kawasan sekitar Sungai Johor yang menjadi penempatan awal orang Melayu. Penulisan-penulisan tentang sejarah negeri Johor tidak ada yang memfokuskan secara khusus berkenaan dengan tajuk tulisan ini. Perbincangan dalam kajian ini membuktikan bahawa penempatan awal orang Melayu memang berlaku disebabkan perkembangan pusat-pusat pemerintahan kesultanan Melayu Johor di sepanjang Sungai Johor. Ini dapat disahkan lagi apabila terdapatnya kegiatan perdagangan antarabangsa secara ekstensif di pusat-pusat pemerintahan itu kerana terdapatnya sumber tenaga manusia yang banyak di sekitar pusat-pusat penempatan. Walaupun pusat pemerintahan kerajaan kesultanan Melayu Johor sering berpindah randah di sepanjang Sungai Johor namun pembinaan kawasan penempatan orang Melayu berkembang dengan pesatnya seiring dengan pembinaan pusat-pusat pemerintahan tersebut.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdullah, N., & Jambi, J. (2017). PUSAT-PUSAT PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU JOHOR MEMBINA PENEMPATAN AWAL ORANG MELAYU DI SEPANJANG SUNGAI JOHOR. Jurnal PERADABAN, 10(1), 38–61. https://doi.org/10.22452/peradaban.vol10no1.3

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free