PENDEKATAN SABAR DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK MUSLIM PELAJAR

  • Jafri A
  • Md. Sham F
N/ACitations
Citations of this article
49Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pelajar yang berakhlak mulia dikatakan sebagai pemimpin masa depan. Mereka bakal menggantikan pemimpin yang ada pada hari ini. Justeru, mereka perlu dididik agar mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan. Pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk mencapai hasrat tersebut. Oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji pendekatan sabar dalam pembentukan akhlak muslim pelajar. Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif, menggunakan pendekatan analisis dokumen melalui dokumen primer dan dokumen sekunder bagi mengkaji konsep sabar dari perspektif Islam, hubungannya serta aplikasi dalam pembentukan akhlak muslim pelajar. Hasil kajian mendapati, elemen pendekatan sabar amat sesuai untuk pembentukan akhlak muslim pelajar. Perbincangan ini memberi implikasi bahawa pendekatan sabar mampu menjadi pendekatan alternatif dalam proses pembentukan akhlak pelajar agar mereka mengamalkan sifat sabar dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah, sabar membentuk jati diri menjadi insan yang baik, sabar dalam mematuhi ajaran agama Islam, dalam amal ibadah, pergaulan sesama kawan dan dengan orang yang lebih dewasa.

Cite

CITATION STYLE

APA

Jafri, A., & Md. Sham, F. (2023). PENDEKATAN SABAR DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK MUSLIM PELAJAR. E-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 20(1). https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2001.01

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free