Pendekatan pembelajaran terbeza merupakan salah satu strategi yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengatasi masalah keciciran dan jurang pencapaian murid di sekolah. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka strategi yang digunakan oleh guru-guru di sekolah rendah dan cabaran yang dihadapi ketika mengimplementasikan pendekatan pembelajaran terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual. Peserta kajian terdiri daripada 7 orang guru daripada 4 buah sekolah rendah di daerah Muar. Hasil temu bual telah dianalisis secara tematik. Kajian mendapati elemen kandungan dan aspek kesediaan murid merupakan fokus utama guru dalam merancang pengajaran mereka. Hasil kajian juga mendapati faktor masa merupakan cabaran yang terbesar dihadapi oleh guru diikuti dengan jumlah murid yang ramai, jurang tahap penguasaan murid yang besar dan diikuti oleh kekurangan bahan mengajar yang sesuai. Berdasarkan pemilihan strategi, teknik dan cabaran yang telah dikenal pasti, guru-guru, pentadbir dan bahagian pembangunan guru boleh mengambil langkah yang lebih relevan dan holistik dalam membantu guru-guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran mereka.
CITATION STYLE
Radi, N. H., & Amran, S. (2023). Strategi dan Cabaran Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Terbeza dalam Kalangan Guru di Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002336. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2336
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.