Kajian ini bertujuan untuk meneroka Bahasa Antara yang terhasil melalui perbualan lisan antara penutur Melayu dengan penutur bukan Melayu. Justeru ia dilaksanakan untuk mengenal pasti dan menganalisis proses terbentuknya Bahasa Antara dalam perbualan pelajar Melayu dan bukan Melayu. Kajian ini merupakan kajian lapangan dan data kajian diperoleh menggunakan kaedah pemerhatian di mana data penggunaan Bahasa Antara dirakam menggunakan alat rakaman perbualan. Lokasi kajian adalah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia. Seramai 20 orang pelajar iaitu 11 penutur Melayu dan 9 penutur bukan Melayu dipilih sebagai responden menggunakan teknik pensampelan bukan kebarangkalian. Data rakaman ditranskripsikan dan dianalisis berdasarkan proses utama pembentukan BA yang dinyatakan oleh Selinker. Hasil kajian mendapati kelimalima proses Bahasa Antara digunakan penutur Melayu dan penutur bukan Melayu. Selain itu, analisis kajian turut mendapati proses strategi komunikasi amat ketara digunakan untuk mewujudkan Bahasa Antara berbanding prosses pemindahan bahasa, pemindahan latihan, strategi komunikasi, strategi pembelajaran dan generalisasi terlampau. Hal ini turut memperlihatkan penggunaan Bahasa Antara berjalan dengan lancar dan difahami oleh keduadua pihak dalam interaksi dan komunikasi antara mereka
CITATION STYLE
Abdul Kadir, F. R., & Zainon Hamzah, Z. A. (2017). Bahasa Antara dalam Komunikasi Lisan Penutur Melayu dan Penutur Bukan Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics. https://doi.org/10.15282/ijleal.v7.508
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.