Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketagihan internet dan perubahan tingkah laku dalam kalangan murid sekolah rendah tahap dua. Kajian ini telah dijalankan di daerah Pekan, Pahang dan melibatkan seramai 361 orang responden kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Ketagihan Internet dan soal selidik perubahan tingkah laku. Data yang dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian Special Package for the Social Statistic (SPSS) versi 27. Tahap ketagihan internet murid adalah pada tahap rendah (48.8%) dan tahap untuk perubahan tingkah laku murid juga berada di tahap rendah (58.5%). Analisis melaporkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang kuat dan signifikan antara tahap ketagihan internet dan perubahan tingkah laku murid sekolah rendah. Kajian ini diharapkan dapat dijalankan dengan melibatkan sampel populasi yang lebih besar dan lebih menyeluruh meliputi semua peringkat usia kanak-kanak supaya boleh dijadikan sebagai panduan dan iktibar kepada para pengkaji.
CITATION STYLE
Ng, H. Y., Surat, S., & Rahman, S. (2023). Pengaruh Ketagihan Internet: Perubahan Tingkah Laku Murid Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002340. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2340
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.