TAHAP PENGETAHUAN PATRIOTISME PEMIMPIN SEKOLAH AGAMA DI MALAYSIA

  • Mat Daud M
  • Ishak M
N/ACitations
Citations of this article
14Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dewasa ini wujud pelbagai bentuk tindakan dan provokasi yang bertentangan dengan budaya dan nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama golongan pemimpin sekolah yang dikatakan tidak patriotik. Makalah ini memberi tumpuan mengenai kesedaran pemimpin sekolah agama yang terdiri daripada Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah Bantuan Agama Kerajaan (SABK) terhadap tahap pengetahuan pemimpin sekolah agama berkenaan pengetahuan nilai patriotisme. Masalah kurangnya kesedaran terhadap nilai patriotisme sudah tentu akan menggugat dan menghalang penerapan, pemupukan nilai dan semangat patriotisme sebagai unsur pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu. Seramai 263 pemimpin sekolah agama di Malaysia terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis secara deskiptif. Keseluruhan pengukuran intsrumen iaitu konsep patriotisme dan patriotisme dalam perlembagaan yang menjadi konstruk utama untuk menilai tahap pengetahuan pemimpin sekolah agama berkenaan patriotisme. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kesedaran pemimpin sekolah agama terhadap nilai patriotisme adalah tinggi. Tahap kesedaran pemimpin sekolah terhadap patriotisme dalam perlembagaan juga tinggi dan menunjukkan bahawa pemimpin sekolah agama yang berjiwa patriotik mampu menjadi faktor perantara atau agen perubahan terhadap ikatan perpaduan masyarakat dan murid-murid pelbagai etnik di Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mat Daud, M. N., & Ishak, M. S. (2022). TAHAP PENGETAHUAN PATRIOTISME PEMIMPIN SEKOLAH AGAMA DI MALAYSIA. E-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 19(7). https://doi.org/10.17576/ebangi.2022.1907.10

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free