PUSAT ISLAM POLIMAS: PENGLIBATAN PROGRAM DAKWAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN AMALAN IBADAT SOLAT DAN PENGAMALAN AKHLAK PELAJAR

  • Ahmad M
  • Haji Othman M
N/ACitations
Citations of this article
84Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Banyak pihak yang membicarakan tentang masalah keruntuhan amalan agama dan kerosakan akhlak pelajar. Permasalahan ini sangat berkait rapat dengan usaha dakwah yang dilakukan bagi mengembalikan remaja kepada syariat dan akhlak Islamiah. Program dakwah perlu dilaksanakan secara aktif di institusi pendidikan bagi mencapai matlamat tersebut. Kajian ini bertujuan meninjau tentang tahap penglibatan program dakwah dalam kalangan pelajar anjuran Pusat Islam Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Dalam masa yang sama kajian ini mencari adakah wujud hubungan antara penglibatan program dakwah dengan amalan ibadat solat dan juga pengamalan akhlak pelajar. Populasi kajian seramai 5192 orang dan seramai 361 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Dua aspek utama yang menjadi objektif kajian iaitu tahap penglibatan pelajar ke dalam program dakwah tersebut dan hubungan dengan amalan ibadat solat dan pengamalan akhlak pelajar. Kaedah pengumpulan data dilakukan adalah melalui kaedah soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian ini menunjukkan penglibatan program dakwah dikalangan pelajar berada pada tahap yang sederhana tinggi. Seterusnya analisis kolerasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang positif antara penglibatan pelajar dalam program dakwah Pusat Islam POLIMAS dengan amalan ibadat solat pelajar dan pengamalan akhlak pelajar. Kajian ini memberi implikasi bahawa penglibatan dalam program dakwah dapat meningkatkan amalan ibadat solat dan akhlak pelajar.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ahmad, M. F. H., & Haji Othman, M. K. B. (2016). PUSAT ISLAM POLIMAS: PENGLIBATAN PROGRAM DAKWAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN AMALAN IBADAT SOLAT DAN PENGAMALAN AKHLAK PELAJAR. Proceedings of The ICECRS, 1(1). https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.537

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free