Abstract: The issue in lack of integration of Higher Order Thinking Skills (HOTS) elements in the teaching practices of primary school Islamic Education teachers has led to the need for an understanding of the factors affecting the integration of HOTS in their teaching. This study explained the link between trust and Professional Learning Community (PLC) among groups with the integration of HOTS in the teaching of Islamic Education at the individual level. The research used a quantitative approach with a cross-sectional survey design, involving 642 Islamic Education teachers in 112 primary schools in Malaysia. The data obtained from this study analyzed using multilevel modeling by employing hierarchical linear modeling software. The findings found that PLC is a dominant predictive factor in teaching Islamic Education with integrated HOTS compared to trust. The findings of this study are expected to serve as a guide to Islamic Education teachers in the effort to integrate HOTS in their teaching and assist the administrators in sustaining PLC in schools also creating an environment of mutual trust so that the community in schools can function more productively and effectively. Keywords: Trust; Professional Learning Community; Higher Order Thinking Skills; Islamic Education Teaching Abstrak: Isu mengenai kurangnya pengintegrasian elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam amalan pengajaran guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah menyebabkan perlunya kepada pemahaman mengenai faktor yang mempengaruhi pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan KBAT. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan hubungan antara kepercayaan dan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) yang berada di peringkat kumpulan dengan pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan KBAT di peringkat individu. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan keratan rentas melibatkan 642 orang GPI di 112 buah sekolah rendah di Malaysia. Data yang diperoleh daripada kajian ini dianalisis secara multilevel modeling menggunakan perisian HLM (hierarchical linear modeling). Dapatan kajian ini mendapati KPP merupakan faktor peramal yang dominan kepada pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan KBAT berbanding kepercayaan. Dapatan kajian ini diharap berupaya menjadi panduan kepada GPI dalam usaha mengintegrasikan KBAT dalam pengajaran mereka, di samping membantu pihak pentadbir dalam melestarikan KPP di sekolah serta mewujudkan persekitaran yang saling percaya agar komuniti di sekolah dapat berfungsi dengan lebih produktif dan efektif. Kata kunci: Kepercayaan; Komuniti Pembelajaran Profesional; Kemahiran Berfikir Aras Tinggi; Pengajaran Pendidikan Islam
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.
CITATION STYLE
Dzul, H., Hussin, Z., & Sulaiman, A. M. (2022). ANALISIS MULTILEVEL KEPADA KESAN KEPERCAYAAN DAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL KE ATAS PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BERINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI. Asian People Journal (APJ), 5(1), 114–128. https://doi.org/10.37231/apj.2022.5.1.351