Pendekatan pembelajaran terkini mempunyai struktur aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan pembelajaran kendiri yang lebih terbimbing dari segi akademik. Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti kesediaan pembelajaran kendiri di Institut Perguruan Malaysia. Seramai 266 orang pelajar dari kumpulan kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ialah soal selidik yang diubah suai daripada soal selidik Self–Directed Learning Readiness oleh Guglielmino. Dapatan kajian daripada analisis data menunjukkan kebanyakan pelajar mempunyai kesediaan pembelajaran kendiri yang sederhana atau rendah. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara kesediaan pembelajaran kendiri pelajar perempuan dan lelaki. Selain itu, terdapat juga perbezaan yang signifikan di antara kesediaan pembelajaran kendiri pelajar mengikut kursus. Kata kunci: Kesediaan pembelajaran kendiri; pembelajaran kendiri Current learning approaches have various structured learning activities as well more self–directed learning tasks guided through consultation with academics. The aim of this research is to determine students’ self–directed learning readiness (SDLRS) in a Teacher Training Institute. 266 students from the Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) and Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) group took part in the research. The instrument is a questionnaire adopted from Guglielmino SDLRS questionnaire. Result from the data analysis showed that most of the students are on average or below average in term of SDLRS. Based on SDLRS, there is also significant difference between gender with respect to self–directed learning readiness. In addition, there ia also significant difference of students’ SDLRS with respect to their courses. Key words: Self–directed learning readiness; Self–directed learning
CITATION STYLE
Kok, B. S., Aris, B., & Tasir, Z. (2012). The Level Of Self–directed Learning Among Teacher Training Institute Students – An Early Survey. Jurnal Teknologi. https://doi.org/10.11113/jt.v50.186
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.