Tauhid bermaksud mengisbatkan sifat keesaan bagi Allah Taala. Ia merupakan aspek utama yang menjadi asas dalam semua sudut kehidupan seorang Muslim. Perbahasan mengenai aspek tauhid merupakan antara unsur penting yang perlu diterapkan dalam ilmu nahu supaya perbincangannya tidak terpisah dari unsur kerohanian yang menekankan kepada nilai-nilai murni. Namun fenomena yang berlaku selama ini, perbahasan ilmu nahu hanya tertumpu kepada aspek kognitif dan pemerolehan bahasa semata-mata. Dengan keadaan sedemikian ia akan mengakibatkan pengabaian kepada aspek nilai murni dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Artikel ini cuba memaparkan pendekatan baharu seorang tokoh ulama sufi bernama al-Qushayri yang menerapkan nilai tauhid dalam karya nahu beliau. Kajian ini mendasari pendekatan kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan (content analysis) dan menjadikan teks kitab nahu karangannya berjudul “Nahw al-Qulub al-Kabir” sebagai sumber primer. Hasil kajian mendapati al-Qushayri telah menerapkan beberapa nilai tauhid berkaitan konsep mengesakan Allah dari sudut Dhat, Asma’ dan Af’al dalam beberapa topik nahu yang dilihat ada perkaitan antara kedua-duanya. Penerapan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada metode perbandingan yang merujuk kepada dua aspek persamaan. Aspek pertama merujuk kepada persamaan penggunaan istilah dalam perbahasan ilmu tauhid dan ilmu nahu. Manakala aspek kedua pula ialah persamaan makna dalam perbahasan ilmu tauhid yang boleh dibandingkan dengan makna yang terkandung dalam huraian beberapa kaedah ilmu nahu tertentu. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan bermakna kepada pihak tertentu dalam usaha merangka kurikulum bersepadu yang mencakupi aspek tauhid dan linguistik dalam subjek ilmu nahu Arab. Tauhid means to confirm the Oneness of Allah S.W.T. It is the basis of every aspect of Muslims’ way of life. It is important that tauhid is integrated into the concept of grammar as to ensure that the discussions are not separate from the spiritual aspects. However, most discussions on grammar in previous studies only focussed on the aspects of cognitive and language acquisition per se. This could cause the neglection of the integration of good values in the process of teaching and learning. The present study attempts to explore the new approach introduced by a sufi scholar, al-Qushayri in his book, “Nahw al-Qulub al-Kabir”, who integrates the elements of tauhid in discussing grammar aspects. In this qualitative study, content analysis approach is applied and the text from the book is used as the primary data. It is found that al-Qushayri has integrated tauhidic aspects such as tauhid Zat, Asma’ and Af’al in some of the grammar topics in his book. The integration has been applied using the comparative approach that refers to two aspects of similarity. The first aspect focusess on the grammar terms used and the second aspect refers to meanings used in both tauhidic and grammar field. The findings of this study are expected to contribute to the development of an integrated curriculum that covers the aspects of tauhid as well as linguistics in Arabic grammar.
CITATION STYLE
Mahpol, S., Ismail, M. Z., & Mayidin, M. B. (2022). Aspek Tauhid dalam Ilmu Nahu Menurut al-Qushayri [Tauhidic Aspects in Grammar According to al-Qushayri]. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 23(2), 259–272. https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.2.643
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.