This study aims to analyse the self-concept of Muslim women from the perspective of Badiuzzaman Said Nursi. This study uses a qualitative approach through document analysis. The main sample of the study is the Risalah Pedoman Para Wanita by Badiuzzaman Said Nursi. The results of this study showcase four important characteristics outlined by Said Nursi in giving the concept of women, namely: (1) Having syafaqah (2) The most effective teacher (3) Being afraid of the views of Ajnabi men, and (4) Source of good akhlak. The impact of this study is generally for Muslim women and researchers involved with the Muslim women’s community. ABSTRAK Kefahaman seseorang tentang diri adalah amat terkait dengan pandangan alam yang dipercayainya. Faham diri ini hanya akan terbentuk dengan baik jika dilihat menerusi cara pandang yang diikat kemas dengan epistemologi yang benar. Peri pentingnya kefahaman ini kerana ia akan mempengaruhi persepsi insan dalam segenap hal yang berkait dengan dirinya. Dalam konteks seorang wanita Muslim, persepsi mereka tentang diri mereka dan persepsi persekitaran tentang mereka memainkan peranan besar dalam pembentukan tingkahlaku diri lalu memberi impak kepada persekitaran yang terhampir dengan mereka. Memahami peranan wanita dan ketajaman perasaan yang dimilikinya maka hal ini amat penting untuk dilihat dengan teliti. Selaku Muslim yang mempunyai tujuan akhir iaitu kebahagian dunia dan akhirat maka mengkonsepsikan diri dengan benar amat penting. Walau bagaimanapun, pengaruh sekularisme dan dualisme yang wujud dalam arus pendidikan amat menggugat hal ini dan menimbulkan konsep diri wanita yang pelbagai yang hakikatnya mungkin jauh daripada konsep asal yang digariskan oleh Islam. Oleh yang demikian, konsep diri wanita Muslim ini harus diteliti dan dinilai semula. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis konsep diri wanita Muslim dari perspektif Badiuzzaman Said Nursi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis dokumen. Sampel kajian yang utama adalah Risalah Pedoman Para Wanita karangan Badiuzzaman Said Nursi. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat empat ciri penting yang digariskan oleh Said Nursi dalam memberikan konsep terhadap wanita iaitu: (1) Memiliki syafaqah (2) Muallim yang paling berkesan (3) takut dengan pandangan lelaki ajnabi dan (4) Sumber akhlak yang baik. Impak kajian ini secara umumnya untuk wanita Muslim dan pengkaji yang terlibat dengan komuniti wanita Muslim.
CITATION STYLE
Muhamad, N. A. F., Mohd Yunus, M. N., & Akar, C. (2022). Makna Diri Wanita Muslim Menerusi Pandangan Said Nursi. ‘Abqari Journal, 26(1), 93–102. https://doi.org/10.33102/abqari.vol26no1.400
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.