Pendidikan perkahwinan merupakan satu bentuk bekalan maklumat yang direka untuk membantu individu dan pasangan mencapai kejayaan dan kebahagiaan dalam perkahwinan. Namun, pendidikan perkahwinan bukan hanya setakat kursus pra-perkahwinan tetapi is merupakan ilmu dan kemahiran perlu ada semasa permulaan perkahwinan dan ianya berterusan sepanjang tempoh perkahwinan itu berlangsung. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan pakar dan orang awam mengenai pendidikan perkahwinan di Malaysia. Kajian ini mengumpul data melalui temubual berstruktur dengan 12 orang sampel iaitu 3 orang awam dan 9 orang pakar yang terdiri daripada pensyarah, kaunselor berdaftar dan pegawai agama. Data yang diperolehi diuruskan dalam NVivo 8 dengan menggunakan pendekatan analisis tema. Hasil daripada temubual memperolehi dua tema utama iaitu : 1) kefahaman pendidikan perkahwinan dan 2) keperluan pendidikan perkahwinan.Marriage education is a form of dissemination of information designed to help individual and couples to achieve happiness and success in marriage. Nevertheless, marriage education is not just a pre-marital course, but it is a knowledge and skills needed to have either at the beginning of marriage and it continued along marriage lasted. Therefore, this study aimed to investigate the views of experts and public about marriage education in Malaysia. The study collected data through structured interviews with 12 samples, 3 public and 9 experts consisting lecturers, registered counselors and religious officers. Data were managed in NVivo 8 using thematic analysis approach. Outcomes from the interview obtained two main themes 1) understanding of marriage education and 2) necessity of marriage education.
CITATION STYLE
Mohd Yusof, S. N., Mahmud, Z., & Amat, S. (2014). Kefahaman dan Keperluan Pendidikan Perkahwinan di Malaysia. Ulum Islamiyyah, 12, 73–86. https://doi.org/10.33102/uij.vol12no.216
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.