Dakwah melalui pendidikan adalah penggerak dalam dunia realiti untuk menjayakan segala gerakan dakwah Islamiah. Kajian ini melihat keberkesanan dakwah melalui pendidikan dalam dakwah Islamiah terhadap masyarakat Orang Asli. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji menjalankan kajian perpustakaan. Selain itu. Pengkaji juga menggunakan kajian lapangan yang meliputi pemerhatian dan temubual. Temu bual di lakukan dengan menemu ramah pegawai di JAKOA dan pegawai dakwah JAIM. Analisis data kajian ini menunjukkan bahawa dakwah melalui pendidikan banyak memberi kesan kepada Orang Asli. Dapatan kajian ini seterusnya menunjukkan dakwah melalui pendidikan kepada Orang Asli sangat penting bagi memastikan bahawa masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan beberapa metode seperti pengisian dan bimbingan yang berterusan bagi menarik minat yang lebih mendalam tentang ajaran Islam
CITATION STYLE
Ahmad Ubaidah, A. F. H. (2020). DAKWAH MELALUI PENDIDIKAN: Kajian terhadap Orang Asli di Daerah Alor Gajah. Nusantara; Journal for Southeast Asian Islamic Studies, 15(2), 94. https://doi.org/10.24014/nusantara.v15i2.10617
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.