Tinjauan Tentang Reaksi Emosi Di Tempat Kerja: Satu Aspek Pengurusan Sumber Manusia Dalam Organisasi

  • Syed Zakaria S
  • Yahaya A
N/ACitations
Citations of this article
198Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan menilai reaksi emosi para pekerja di tempat kerja dan kepentingan emosi dalam melaksanakan tugasan harian dalam sesebuah organisasi. Satu kajian telah dijalankan di kalangan pekerja sokongan dan pentadbiran di perkhidmatan awam. Pemilihan responden telah dibuat secara rawak. Satu model telah dibentuk iaitu Model Reaksi Emosi (MOREM) yang dijadikan panduan dalam kajian reaksi emosi. Klasifikasi emosi yang dikaji adalah berdasarkan skop emosi positif dan emosi negatif. Kajian ini mendapati terdapat reaksi para pekerja yang dikaji terhadap emosi negatif dan positif di kalangan mereka dalam melaksanakan tugas harian. Secara keseluruhan, reaksi emosi positif di kalangan pekerja dalam organisasi yang dikaji adalah pada tahap sederhana. Reaksi emosi negatif pula adalah pada tahap rendah dan sederhana. Cadangan penyelesaian kepada emosi negatif dan kaedah-kaedah menanganinya juga turut dibincangkan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Syed Zakaria, S. A., & Yahaya, A. S. (2012). Tinjauan Tentang Reaksi Emosi Di Tempat Kerja: Satu Aspek Pengurusan Sumber Manusia Dalam Organisasi. Jurnal Teknologi. https://doi.org/10.11113/jt.v44.388

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free