Kompetensi Guru Pendidikan Islam Menggunakan Google Meet Untuk Pengajaran al-Quran

  • Moyang S
  • Abdul Razak K
N/ACitations
Citations of this article
53Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penggunaan aplikasi Google Meet dalam PdPc al-Quran secara talian merupakan satu kaedah yang disarankan oleh KPM. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap aplikasi Google Meet dalam pengajaran al-Quran. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif telah dijalankan di daerah Padawan, Sarawak. Kajian ini melibatkan 87 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah rendah. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data daripada responden. Data yang dikumpulkan melalui Google Form telah dianalisis dengan menggunakan perisian The Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap aplikasi Google Meet dalam pengajaran al-Quran adalah tinggi. Analisis mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan dan kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap aplikasi Google Meet berdasarkan jantina. Justeru, kajian ini diharap dapat membantu guru serta pihak KPM dalam menambah baik usaha ke arah menjadikan guru yang berpengetahuan, berkemahiran serta bersedia untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang. Pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan berkaitan pengintegrasian PdPc al-Quran secara dalam talian dapat dijalankan pada masa hadapan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Moyang, S. N., & Abdul Razak, K. (2022). Kompetensi Guru Pendidikan Islam Menggunakan Google Meet Untuk Pengajaran al-Quran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001329. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1329

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free