Artikel ini ditulis untuk mengkaji isu penipuan tanah yang berlaku dalam urus niaga tanah di Malaysia. Pelbagai modus operandi telah dilakukan oleh penjenayah untuk melakukan penipuan. Dengan modus operandi ini, pihak pejabat tanah telah berjaya diperdaya sehingga menyebabkan berlakunya penipuan dalam urus niaga tanah. Perkara ini telah menimbulkan rasa kebimbangan kepada orang awam tentang jaminan ketuanpunyaan yang merupakan bukti muktamad pemilikan terhadap tanah apabila pendaftaran dilakukan dan juga pemilikan tanah yang ditadbir menurut perundangan Kanun Tanah Negara (KTN). Kajian yang dilakukan berdasarkan kaedah analisis kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. Hasil kajian mendapati pelbagai modus operandi (MO) telah dilakukan oleh penipu dan pelbagai faktor yang mendorong perbuatan penipuan ini. Penulisan ini turut mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi mengekang cubaan penipuan dalam urus niaga tanah.
CITATION STYLE
Harun, N., Hamid, N. ’Ashikin, Bidin, A., & Salleh, K. (2022). Penipuan dalam Urus Niaga Tanah di Malaysia: Satu Kajian. Kanun Jurnal Undang-Undang Malaysia, 34(1), 97–112. https://doi.org/10.37052/kanun.34(1)no5
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.