Kajian ini meneroka penglibatan ibu bapa dan keluarga dalam Program Transisi Kerjaya (PTK) serta pengetahuan mereka mengenai pelaksanaan PTK ini. Ibu bapa berperanan sebagai rangkaian sokongan semula jadi kepada anak-anak-anak. Justeru, ibu bapa perlu berpengetahuan tentang PTK dari aspek kefahaman dan penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan PTK terhadap anak mereka yang berkeperluan khas. Kajian kes ini telah menemu bual 3 orang ibu kepada MBK di Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah dalam daerah Gombak. Hasil dari analisis temu bual didapati kesemua subjek kajian tidak mempunyai pengetahuan dan penglibatan terhadap PTK kerana tiada pendedahan diberikan kepada mereka. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak dan maklumat penting kepada semua pihak yang bertanggungjawab agar melaksanakan PTK dengan lebih meluas dan melibatkan semua pihak.
CITATION STYLE
Abd Rashid, M. N., & Alias, A. (2023). Pengetahuan dan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pelaksanaan Program Transisi Kerjaya Terhadap Murid Berkeperluan Khas. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002293. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2293
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.