Pengalaman Terhadap Perlakuan Jenayah dan Keselamatan Pekerja Perusahaan Rumpai Laut di Semporna, Sabah: Satu Penemuan

  • Kanyo N
  • Abdul Rahman A
N/ACitations
Citations of this article
17Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pelakuan jenayah merupakan permasalahan sosial yang menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak, sama ada di pihak pembuat dasar atau masyarakat secara keseluruhannya. Peningkatannya adalah selari dengan kemajuan pembangunan dan perkembangan perbandaran sesuatu wilayah. Kajian tentang jenayah lazimnya dilakukan di kawasan bandar dan kajian daripada pelbagai disiplin ilmu di Malaysia masih kurang. Kekurangan pengkajian jenayah di negara ini daripada pelbagai aspek yang merentasi ruang wilayah menjadi antara penyumbang kepada kelemahan mengatasi permasalahan jenayah di negara ini. Justeru, kajian jenayah berasaskan disiplin geografi telah diperluaskan skop dan ruang lingkupnya merentasi wilayah bandar dan luar bandar. Makalah ini mengetengahkan penemuan awal kajian terhadap perlakuan jenayah dalam perusahaan rumpai laut di daerah Semporna, Sabah yang merupakan antara kawasan yang dikenal pasti dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program National Key Economic Areas (NKEAs) bagi strategi pembasmian kemiskinan dan pemerkasaan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara hasil daripada kedudukan geografi yang strategik dan kekayaan khazanah alamnya. Bagi memudahkan perbincangan, pengalaman terhadap perlakuan jenayah dalam kalangan pekerja perusahaan rumpai laut di daerah kajian diketengahkan. Kajian ini bukan sekadar mendedahkan perlakuan dan pengalaman terhadap perlakuan jenayah dalam kalangan pekerja perusahaan rumpai laut, tetapi juga sebagai sumber rujukan bagi kajian jenayah bagi konteks kawasan kajian.

Cite

CITATION STYLE

APA

Kanyo, N. I., & Abdul Rahman, A. T. (2016). Pengalaman Terhadap Perlakuan Jenayah dan Keselamatan Pekerja Perusahaan Rumpai Laut di Semporna, Sabah: Satu Penemuan. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB). https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.522

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free