Artikel ini membincangkan kajian ringkas berkaitan analisis kos kitaran hayat terhadap langkah-langkah pembaikan pengaratan bagi jambatan dan struktur marin konkrit yang terdedah kepada karbonasi atau serangan natrium klorida daripada air laut atau sumber-sumber lain. Perisian kos kitaran hayat, Bridge LCC 2.0 digunakan untuk menjalankan analisi kitaran hayat untuk tiga kes kajian melibatkan kaedah nilai bersih kini. Keputusan kajian menunjukkan analisis kos kitaran hayat berkeupayaan untuk membantu jurutera dan agensi pengangkutan dalam menilai keputusan penyelenggaraan yang efektif berkaitan dengan masalah pengaratan. Ia boleh digunakan sebagai alat analisis ekonomi kejuruteraan yang membantu mantaksir kos-kos perbezaan dan membuat pilihan terhadap langkah pembaikan pengaratan yang berkesan. Analisis kos kitaran hayat bagi langkah pembaikan dipengaruhi oleh banyak pemboleh ubah seperti kos permulaan, kos penyelenggaraan, tahun kekerapan, dan jangka masa analisis. Amalan terbaik untuk analisis kos kitaran hayat bukan sahaja mengambil kira perbelanjaan oleh agensi, tetapi perlu mempertimbangkan kos-kos oleh pengguna dan analisis sensitiviti di sepanjang jangka hayat sesuatu langkah pembaikan. Kata kunci: Analisis kos kitaran hayat, jambatan konkrit, pengaratan, langkah, pembaikan, pemulihan struktur, keberkesanan kos, kaedah nilai bersih kini (NPV) This paper discusses a short study on life cycle cost analysis (LCCA) on corrosion remedial measures for concrete bridges and marine structures, which are subjected to carbonation or ingress of sodium chloride from sea water and other sources. Life cycle costing software, Bridge LCC 2.0, was used to perform life cycle cost analyses on three case studies, based on net present value method. The analysis of the results showed that LCCA is capable of assisting engineers or transportation agencies to evaluate optimum maintenance decisions in corrosion–related problems. It can be used as an engineering economic analysis tool that helps in qualifying the differential costs and choosing the most cost–effective corrosion remedial measures. Life cycle costs for the remedial measures are influenced by many costing variables such as initial costs, periodic maintenance costs, frequency years and analysis period. The best practice of LCCA should not only consider agency expenditures but also user costs and sensitivity analysis throughout the service life of a remedial measure. Key words: Life cycle analysis, concrete bridges, corrosion, remedial measures, structural rehabilitation, cost-effective, net present value method (NPV)
CITATION STYLE
Ho, J. H., & Abd. Rahman, A. (2012). Life Cycle Cost Analysis Case Study on Corrosion Remedial Measures for Concrete Structures. Jurnal Teknologi. https://doi.org/10.11113/jt.v40.403
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.