Artikel ini bertujuan mengenal pasti kesahan kandungan bagi Indikator Kemahiran Literasi Awal (IKLA) yang digunakan untuk menilai kemahiran literasi awal kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun. Pengkaji menjalankan kajian tinjauan deskriptif terhadap 21 orang pendidik untuk mendapatkan kesahan kandungan bagi IKLA. Pengkaji telah mengedarkan Borang Soal Selidik Kesahan Kandungan (Pendidik) bagi IKLA yang keseluruhannya mengandungi 55 item, dan satu salinan lengkap IKLA kepada setiap pendidik yang mengandungi beberapa media, iaitu; (i) Buku Panduan IKLA; (ii) Buku Cerita “Ta Ta Rumah”; (iii) Borang Catatan Skor Kanak-kanak; dan (iv) Microsoft Excel IKLA. Setiap pendidik bertanggungjawab untuk menilai kebolehgunaan IKLA, dan kandungan kesemua media IKLA tersebut dalam menilai kemahiran literasi awal kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan kesahan kandungan bagi IKLA adalah tinggi yang merangkumi kebolehgunaan IKLA, Buku Panduan IKLA, buku cerita “Ta Ta Rumah”, Borang Catatan Skor Kanak-kanak, dan Microsoft Excel IKLA. Ini bermakna IKLA mempunyai kesahan kandungan yang baik dalam menilai kemahiran literasi awal kanak-kanak. Oleh itu, IKLA boleh digunakan oleh pendidik untuk menilai kemahiran literasi awal kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun. This article aims to identify on the content validity of Early Literacy Skills Indicators (IKLA) to assess early literacy skills of children ages 3+ to 4+ year. The researchers conducted a descriptive survey of 21 educators to gain content validity of IKLA. The researchers has distributed the IKLA Content Validation Questionnaire (Educator) with 55 items in total, and a full copy of IKLA to each educator containing several media, namely; (i) IKLA Guidebook; (ii) “Ta Ta Rumah” storybook; (iii) Child Scores Record Form; and (iv) IKLA Microsoft Excel. Each educator is responsible for assessing the usefulness of IKLA, and the content of all IKLA media in evaluating early literacy skills of children. Research indicated that the content validity of IKLA was high, including IKLA usability, IKLA Guidebook, "Ta Ta Rumah" storybook, Child Score Record Form, and IKLA Microsoft Excel. This means that IKLA had good content validity in evaluating early literacy skills of children. Thus, IKLA can be used by educators to evaluate early literacy skills of children ages 3+ to 4+ years. Keywords: Early literacy skills; early childhood; evaluation tools; content validity
CITATION STYLE
Juppri, B., Md. Yasin, S. F., Idris, R., Abdul Latif, A., Taat, M. S., Ompok, C. S. @ C. C., … Atma, R. W. J. (2024). Face Validity for Early Literacy Skills Indicators from Educators’ Perspective. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 13(1). https://doi.org/10.6007/ijarped/v13-i1/20642
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.