Artikel ini membincangkan pembinaan model pendidikan pembangunan lestari (SD) bagi program pengajian Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) di UPSI. Pembinaan model pendidikan SD ini menggunakan dua jenis integrasi pendidikan SD iaitu integrasi mendatar dan integrasi menegak melalui pendekatan yang menjadikan SD sebagai satu kursus merentasi displin dalam usaha memperkenalkannya ke dalam program yang ada. Pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pendidikan SD adalah konstruktism yang berkonsepkan pembelajaran melalui perlakuan beserta kaedah pembelajaran berasaskan masalah. Bagi pendekatan organisasi pula, pembinaan model pendidikan SD menggunakan kaedah gabungan antara pendekatan atas-bawah dengan pendekatan bawah-atas untuk menjadikan sistem pengurusan program pengajian pendidikan SD dapat berkembang secara sistematik. Pembinaan model pendidikan SD adalah berdasarkan proses mengenalpasti komponen, mengenalpasti kompetensi, menyatakan kompetensi, menganalisis kurikulum, mengintegrasi kurikulum dan menilai model. Akhirnya, satu model pendidikan SD bagi program pengajian Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) terbentuk dan ianya telah memberikan gambaran jelas mengenai semua aspek yang diperlukan untuk mengintegrasikan model tersebut ke dalam kurikulum.
CITATION STYLE
Shafiihuna, H. M., Lim, C. K., & Wang, S. L. (2021). Pembinaan Model Pendidikan Pembangunan Lestari untuk Program Pengajian Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Journal of ICT In Education, 8(2), 126–143. https://doi.org/10.37134/jictie.vol8.2.12.2021
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.