Kajian ini meninjau kesan pandemik COVID-19 terhadap trajektori ekonomi Malaysia. Krisis kesihatan ini telah menyebabkan gangguan ekonomi dan sosial yang dahsyat apabila aktiviti ekonomi global hampir terhenti. Kos ekonomi yang tinggi dan pelbagai akibat pandemik COVID-19 termasuk penutupan perniagaan, peningkatan kemiskinan dan beban fiskal yang lebih besar. Pada masa yang sama, pandemik ini telah mempercepatkan kebangkitan ekonomi digital dan mendorong pertumbuhan ekonomi gig. Malaysia masih berpotensi untuk mendapatkan semula status ekonomi Harimau Asia walaupun dilanda pandemik dan berdepan dengan beberapa cabaran lain.
CITATION STYLE
Hasan, A., Jamalolail, F. N., Abd Rahman, A., Ahmad, F., & Amaris, I. (2022). Kesan Pandemik COVID-19 Terhadap Trajektori Ekonomi Malaysia. International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies, 3(4), 206–216. https://doi.org/10.47548/ijistra.2022.55
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.