Kajian Rintis Penggunaan Maklumat Perakaunan Akruan dan Impak terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, “SDG”) berdasarkan Maqasid Syariah

  • Masruki R
  • Mohd Hanefah M
N/ACitations
Citations of this article
18Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tujuan: Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penggunaan maklumat perakaunan akruan dalam empat aspek; iaitu pembangunan belanjawan, pengurusan liabiliti, pengurusan aset dan penzahiran akauntabiliti, di samping melihat impak penggunaan tersebut terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, “SDG”) berdasarkan Maqasid Syariah. Rekabentuk Kajian: Kajian ini melibatkan kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan edaran soal selidik dalam talian menggunakan Google Form. Data kemudiannya dianalisa menggunakan statistik diskriptif dan inferensi. Dapatan: Hasil kajian rintis mendapati semua pemboleh ubah yang digunakan mempunyai nilai Cronbach’s Alpha yang dapat diterima, iaitu antara 0.617-0.886. Berdasarkan nilai min, dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan maklumat perakaunan akruan berada pada tahap yang tinggi; iaitu dalam pengurusan liabiliti (4.18), pengurusan aset (4.13), penzahiran akauntabiliti (4.12) dan belanjawan (3.73). Malah, responden berpandangan elemen Maqasid Syariah (4.25), iaitu menjaga dan melindungi nyawa (alnasb), akal (al-aql), harta (al-mal), agama (ad-din) dan keturunan (al-nafs) dipersetujui melebihi Matlamat Pembangunan Lestari, “SDG” (4.13). Melihat kepada kumpulan responden kementerian dan PBT, mereka sependapat di mana secara statistik, tiada perbezaan yang signifikan. Implikasi Kepada Praktis: Justeru, penandaarasan kementerian terhadap PBT dipercayai relevan namun perlu mengambilkira beberapa aspek seperti tadbir urus, perundangan dan penubuhan organisasi masing-masing. Hasil kajian ini mencadangkan pelaporan yang lebih komprehensif dengan rangka kerja pelaporan yang memetakan laporan korporat kepada SDG berdasarkan Maqasid Syariah. Kajian ini berhasrat untuk memantapkan peralihan kepada perakaunan akruan dalam landskap perakaunan sektor awam di Malaysia, di samping melihat impak amalan tersebut terhadap SDG seiring dengan prinsip Maqasid Syariah. Kata Kunci: Penggunaan maklumat, perakaunan akruan, Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, “SDG”), Maqasid Syariah, kajian rintis.

Cite

CITATION STYLE

APA

Masruki, R., & Mohd Hanefah, M. (2021). Kajian Rintis Penggunaan Maklumat Perakaunan Akruan dan Impak terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, “SDG”) berdasarkan Maqasid Syariah. IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management, 11(01), 81–102. https://doi.org/10.58458/ipnj.v11.01.05.0071

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free