REKA BENTUK LOGO SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDARAYA KOTA KINABALU: ANALISIS IKONOGRAFI ERWIN PANOFSKY

  • Sumbing A
  • Jusilin H
N/ACitations
Citations of this article
22Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

ABSTRAKLogo adalah tanda grafik yang berfungsi sebagai identiti sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan, kelab, persatuan, organisasi atau kumpulan melalui aplikasi dan olahan elemen grafik. Elemen grafik sesebuah logo terdiri daripada gambar, warna, tipografi, komposisi dan paparan reka bentuk. Kajian ini bertujuan menganalisis reka bentuk logo dalam bidang seni visual, khususnya logo institusi pendidikan di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini membataskan sampel khusus dengan memilih logo Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai mewakili institusi lain di Kota Kinabalu. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan teori ikonografi yang diketengahkan oleh Panofsky (1972). Teori ini berasaskan tiga tahap analisis, iaitu peringkat deskripsi imej, analisis elemen formal dalam logo dan peringkat ikonografi yang menyatakan perkaitan makna atau mesej dalam logo. Faktor-faktor pemboleh ubah dalam kajian ini adalah bersandarkan imej, ikon, simbol, warna dan tipografi pada logo institusi pendidikan untuk mengenal pasti keberkesanan mesej. Kajian ini berusaha menjelaskan maksud yang terkandung dalam logo institusi untuk menjelaskan makna dan identiti institusi pendidikan tersebut. Kajian ini mendapati identiti sesebuah organisasi merupakan cerminan daripada visi dan misi yang divisualkan dalam bentuk logo dan mampu menyampaikan mesej atau maklumat. Justeru, reka bentuk sesebuah logo mampu memberikan sumbangan kepada institusi pendidikan untuk menjelaskan misi dan visi sebagai impak positif terhadap penyampaian moto atau mesej sesebuah organisasi.   ABSTRACT The logo is a graphical sign that serves as the identity of a business, organization, association, club or group through application and graphic elements processed. The graphic element of a logo consists of images, colors, typography, composition and design display. This study analyzes the logo design in visual arts, especially the educational institution logo in Kota Kinabalu, Sabah. This study limits the specific sample by selecting the logo of Bandaraya National High School, Kota Kinabalu as representing other institutions in Kota Kinabalu. The method of this study applies qualitative methods using the approach of iconography theory highlighted by Panofsky (1972). This theory is based on three levels of analysis, the image description stage, the formal elemental analysis in the logo and the iconography level stating the relevance of the meaning or message in the logo. The variable factors in this study are based on images, icons, symbols, colours and typography of the educational institution logo to identify the effectiveness of the message. The study attempted to explain the meaning contained in the institute's logo to explain the meaning and identity of the educational institution. This study found that the identity of an organization is a reflection of visions and missions that are visualized in the form of logos and capable of delivering messages or information. Hence, the design of a logo can contribute to educational institutions to clarify the mission and vision as a positive impact on the delivery of the motto or message of an organization.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sumbing, A., & Jusilin, H. (2019). REKA BENTUK LOGO SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDARAYA KOTA KINABALU: ANALISIS IKONOGRAFI ERWIN PANOFSKY. Jurnal Gendang Alam (GA). https://doi.org/10.51200/ga.vi.2185

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free