Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam kalangan guru-guru sejarah di sekolah-sekolah menengah di daerah Pasir Gudang. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran guru-guru sejarah dalam penggunaan kaedah inkuiri penemuan di sekolah menengah. Reka bentuk yang digunakan oleh pengkaji ialah penyelidikan kuantitatif jenis kajian tinjauan yang melibatkan 30 orang guru sejarah. Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan data dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kandungan. Antara dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran guru sejarah pada tahap yang sederhana dalam penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik Sejarah kurang yakin dalam melaksanakan kaedah inkuiri kerana kurang mahir dalam teknik penyoalan berasaskan inkuiri. Kajian ini mendapati beberapa faktor menjadi penghalang dalam penggunaan kaedah inkuiri penemuan seperti kekangan masa, kekurangan kemudahan bahan bantu mengajar dan sikap pelajar. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada guru-guru sejarah untuk meningkatkan lagi penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran.
CITATION STYLE
Mahalingam, S. S. A. R., & Hamzah, M. I. (2016). Penggunaan Kaedah Inkuiri Penemuan dalam Kalangan Guru-Guru Sejarah Sekolah Menengah. Proceedings of The ICECRS, 1(1). https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.569
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.